Wednesday, January 27, 2010

anak2 ujian kita...

Malam tadi, ketika sedang makan malam di rumah, sambil mulut mengunyah,sambil mata menonton berita di TV3. Makan malam mcm biasa jer, ikan goreng, kuah kari yg isinya dah habis ..smlm lagi dh habis, tu kuah perangat,sedap di mkn dgn ikan masin& nasi putih..cukuplah. Tidakt aku mengeluh ttg makan malam ku. tetiba tiba kunyah aku terhenti. Di tv sedang tersiar kesah seorg ibu di palestin.Malang nasibnya. Si ibu terpaksa berpura pura memasak,demi memujuk anak yg menangis kelaparan. yg dimasukkan dlm periuk adalah ketulan ketulan batu. lalu di kacau kacau bau batu itu didalam periuk, sangkaan anak ibunya sedang memasak. Menunggulah akan anak sehinggalah terlena..lambat sungguh masaknya ! mungkin itu keluhan isi hati si anak. Ya, memang lama,kerna apinya tidak terpasang, dapurnya tidak menyala..yg ada cuma ketulan batu didlm periuk...!dan tangan si ibu yg mengacau... aku tersentuh. Syukur ku pada Allah kerna nasib ku jauh lebih baik dari ibu dan anak2 malang tadi. Aku membayangkan aku berada di tempat mereka..sebak juga rasa nya. Kesah ini mirip kesah zaman sahabat..Zaman saidina Umar kalau tak silap. Bertemu dgn si ibu yg merebus ketulan batu.

Kita?! kita rata rata masih belum di uji sebegitu rupa.

Ujian...
kalau kita buka mata, banyak pengajaran disekeliling kita.contohnya perihal anak2. Anak2 adalah ujian. Ada org, Allah kurniakan anak sehat,baik dan soleh. tapi tak semua. Mlm tadi contohnya, rangcangan bersamamu menyiarkan kesah si ayah dan ibu yg membela anak yg cacat. otot2 nya mati..tak dpt berdiri. Syabas pada si ayah dan si ibu yg tabah dan redha dgn ujian itu. Besar pahala nya. Besar utk ayah ,besar juga utk ibu ..besar juga utk anak . Kita..? kita belum di uji sebegitu.

ada juga kes, anak nya sehat walafiat anggota badannya. Tapi cacat akhlaknya, terencat imannya. Kalau pikir2, kes sebegini lagi kuat ujiannya. Satu;pasal si ayah dan si ibu payah mengesan kecacatan sebegini. sehinggalah sampai satu tahap yg susah nk rawat. Dua; si anak itu sendiri membawa mudarat kpd masyarakat dan kpd dirinya sendiri.
Aku pernah kenal seorang ayah yg anak2 nya begini.merungut si ayah,menangis si ibu mengenangkan nasib anak -anaknya cacat imannya, cacat akhlaknya. nak dipukul, anak dah besar panjang, nak di tegur tak makan dek ajar..hanya doa yg mampu dipanjatkan.

Kita..? kita mungkin belum di uji sebegitu.

Saidina Umar pernah berpesan " manusia adalah anak kpd persekitarannya" mungkin maksudnya ialah - persekitaran lah yg "melahirkan" manusia..melahirkan kita..jika baik persekitarannya, insyaallah mudahlah kita utk terikut ikut kebaikkan nya..jika jahat, mudah jugalah kita terikut ikut dgn jahatnya..

apa yg cuba saya bawakan adalah soal persekitaran. Persekitaran yang macam mana mahu kita besarkan anak anak kita..??Jika kita melihat di sekitar kita..bermacam macam bentuk anak2 yg ada..yg masih budak,yg remajanya,belianya,pemudanya..macam2 perangai,ragam dan sifat. Ini semua adalah ujian kepada bapa bapa ..semua itu akan kembali kepada si bapa.
Dan persoalan ini masih berlegar dlm kepala saya... persekitaran mcm mana kah yg bakal saya hadapi..yg bakal saya besarkan anak anak saya..??

Semoga kita tergolong dlm golongan yg sentiasa mendapat pentunjuk dan bimbingan dari Allah s.w.t.

Monday, January 25, 2010

Everybody Dies eventually...

Sometimes, we do love someone so much. We never get ready to loose them.We never prepare for that.We're not even think about that.But the fact is, all the love ones dies eventually...and i am never ready for that. May Allah give me all the strength i needs to face that fact. May we all die in Husnu Khaatimah.



Zd_BsB.

Saturday, January 16, 2010

i was here 25years ago..
Posted by Picasa