Monday, August 22, 2016

Siapakah yang berjaya





Surah Al Mukminun Ayat 1-11:


1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (QS. 23:1)
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya, (QS. 23:2)
3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, (QS. 23:3)
4. dan orang-orang yang menunaikan zakat, (QS. 23:4)
5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, (QS. 23:5)
6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki 995; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. (QS. 23:6)
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu 996 maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (QS. 23:7)
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, (QS. 23:8)
9. dan orang-orang yang memelihara shalatnya. (QS. 23:9)
10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (QS. 23:10)
11. (ya’ni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (QS. 23:11)





Surah Al Mukminun Ayat 1-11 menerangkan tentang ciri ciri atau perkara perkara yang perlu dibuat oleh orang beriman yang mana natijahnya nanti adalah dianugerahkan Syurga Firdaus. kesemua syarat yang disebut itu perlulah dipenuhi,bukannya optional.


Pertamanya orang yg fokus,menjiwai solatnya. maka solat itu adalah perkara pokok untuk menetukan kejayaan kita diakhirat. Jagalah solat. Solatlah diawal waktu dan jangan sengaja melengah lengahkan solat tanpa sebab musabab. Anggaplah solat ini sama seperti kita melayani janjitemu kita dengan GM /CEO /MD kita, atau seolah olah kita melayani janjitemu kita dengan kapal terbang yang bakal berlepas. Sekian kian waktu kita mesti sampai ke epot, sekian kian waktu kita sudah selamat check-in, itulah sepatutnya disiplin kita pada solat.


yang kedua nya perihal menjaga diri dan lidah. Diri mungkin mudah sedikit untuk kita mengawalnya. Namun Lidah adalah perkara yang agak susah dikawal, kadang kadang kadang terlupa, kadang kadang tergelincir dari landasan dan lagi bahaya jika melampaui sempadan iman. Imam Ghazali r.a. ada menggariskan dalam buku tulisan beliau "Bimbingan Mukmim" perihal Bencana lidah. kita kadang kadang mengatakan perkara yang sia sia. mengata ttg keburukan org itu dan orang ini, bercakap keras dan kasar bukan pada tempatnya, memaki hamun ketika marah, menghina ketika membenci dan sebagainya. Sebab tu dlm ayat ke-3 ini Allah menyatakan orang yang berjaya yakni yang bakal kekal dalam syurga firdaus adalah org yg berjaya menjaga lidahnya.


Kemudian orang yg berjaya adalah yg mengeluarkan zakat. Berapa ramai dari kita yang ambil mudah bab zakat. berapa ramai yang mengira berapa hartanya, pendapatanannya dan adakah layak untuk dizakatkan dan sebagainya. Maka sesiapa yang mengambil berat perihal hartanya yakni mengira ngira zakatnya dan membayarnya maka dialah orang yang berjaya.


ke-empatnya adalah orang yg menjaga kehormatan dirinya, tidak melibatkan diri dengan zina dan perkara perkara yang mendekatkan dirinya ke arah itu. orang yg sentiasa menjaga maruah dan kehormatan diri nya adalah org yg bakal mengisi tempat syurga firdaus. Melainkan pergaulan  bersama isteri - isteri (suami) kita, itulah jalan yang diredhai Allah. Bila Allah redha maka syurga In Sha Allah untuk kita.


kemudian nya perihal kita menjaga amanah. Amanah ini amatlah luas, samada amanah yang orang berikan kepada kita mahupun amanah kita dengan Allah. Kita juga wajib menepati dan menunaikan janji kita jika kita mahu tergolong dlm golongan org yg berjaya. Lagi malang jika kita ini gagal memikul amanah tetapi terus terusan meminta jawatan itu dan ini.


Dan Sekali lagi Allah menekankan perihal menjaga solat, inilah kunci kejayaan seseorang manusia. Tiada guna hidup seseorang, sekaya manapun dia, jika solat dia tidak jaga maka dia telah hilang segala galanya..sebaliknya orang yg menjaga solat nya, waktu solatnya dan kualiti solatnya, nescaya dia akan terlindung dari perbuatan mungkar. Justeru mereka yg menjaga kesemua yg disebut dia ats sudah dijanjikan Syurga Firdaus, sebaik baik tempat kembali..


Kaedahnya sudah jelas..soalan sudah bocor, skima jawapan pun tersedia, cuma kita masih lagi leka dan lupa.


Ya Allah, jauhilah kami dari sifat sifat tercela, sifat bakhil , tamak haloba ,dengki khianat, mengadu domba dan segala perbuatan yang sia sia.


Allahumma Aminn.





















No comments:

Post a Comment