Sunday, May 10, 2020

Hati yang Berpenyakit

Bismillah..dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Tanpa kita sedar, tubuh badan kita walaupun nampak sihat walafiat, tiada berpenyakit, cergas dan kuat, namun di dalam nya ada seketul hati yg mumkim penuh berpenyakit.
Mari kita sama-sama semak, dan jika ada tanda2 hati berpenyakit maka cepat2 lah kita rawat.
Yakinlah, ada cahaya dihujung jalan.

1) Riak
Penyakit riak ini kadang2 amat halus mainannya. Syaitan akan sentiasa menghasut dan melalaikan manusia hingga akhirnya manusia itu akan terjerumus ke dalam penyakit Riak.
Merasakan diri sudah melakukan kebaikkan dan mempamerkannya secara halus, walaupun tidak jelas namun Allah tahu apa yang tersimpan di dalam Hati kita. Dalam dunia Facebook ini, ruang untuk terjerumus ke lembah riak ini sangat Luas. Walaupun pada mula nya kita mumkim berniat sekadar utk berkongsi kebaikkan agar di ambil menjadi contoh dan ikutan, namun kekadang apabila mebaca puji pujian maka lama kelamaan ianya bole menjerumuskan kita ke dalam penyakit Riak.

Kadang kala kita mengherdik/ mencebik orang lain kerana tidak melakukan kebaikkan sebagaimana apa yang kita telah lakukan. Itu juga tanda hati kita berpenyakit Riak.

Sebagai manusia, kadang2 hadir rasa ingin menunjukkan kebaikkan..atau perasaan ujub , namun janganlah terbawa bawa dengan lintasan hati ini. Malah kita disarankan utk segera beristighfar dan mengucapkan "A'unzubbillahi minna Syaitonnirajimm".

Ingat, kita buat baik Kerana Allah. Bukan Utk dipuji Manusia!! Bukan utk di Nilai oleh Orang lain !
Buat Baik dan terus lupakan kebaikkan itu. Biar Allah yg membangkitnnya semula di Yaummi Mashar nanti.

2) Pentingkan Diri sendiri
Kadang2 kita merasa selesa dengan diri kita. Kita sentiasa bersiap sedia, kita sentiasa merancang hidup kita, pendek kata kita sentiasa selangkah dihadapan daripada masalah. Tiada masalah dengan sikap anda yang begitu, malah ianya baik. Yang menjadi masalah adalah, kadang kadang ia menjadikan kita "Self Centered". Kerana kita merasakan kita telah buat segala galanya untuk jaga kita, mengapa kita perlu jaga orang lain pula ? sedar tak sedar, itulah sebenarnya sikap mementingkan diri sendiri, kerana kita tidak menyediakan sedikit ruang pun dalam hati kita untuk membantu orang lain. Sedangkan membantu org dalam keperluan itu amatlah digalakkan dan amatlah besar pahalanya. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah).
Justeru itu, sebagaimana kita sentiasa bersiap siaga untuk diri kita, maka kita juga sepatutnya berikhtiar untuk sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada orang yg didalam kesulitan. Contohnya, kita menyediakan "jumper wire" di dalam bonet kereta kita, ataupun pump basikal, ataupun air dan tisu. Satu permandangan yg menarik ketika berada di Mekah adalah saya menyaksikan ramai yang bijak mengambil peluang untuk membantu orang lain. Semudah menyediakan tisu untuk orang yg bertawaf mengelap peluh, atau menyemburkan mist water bagi menyejukkan badan para jemaah yang bersesak sesak, atau menyediakan tamar bagi jemaah mengalas perut, itu semua adalah salah satu cara melatih diri agar tidak menjadi "self centered" dan sentiasa berfirikir untuk menyumbang kepada orang lain.

3) Bakhil
Penyakit hati yang seterusnya adalah bakhil. Kita terlalu berkira kira dengan harta kita.Malah suka mengumpul ngumpulnya sehingga langsung tidak mahu dibelanjakan terhadap org lain hatta keluarga sendiri. Tidak salah mengumpul duit untuk masa depan namun hak harta itu perlu dibahagikan kepada 3; 1/3 untuk kegunaan harian/keperluaan semasa, 1/3 untuk pelaburan/simpanan masa depan dan 1/3 lagi untuk dibelanjakan dijalan2 Allah termasuklah membantu keluarga sendiri, saudara mara, sahabat handai, org2 fakir dan miskin dan sebagainya. Kita seharusnya takut dengan ancaman Allah terhadap sikap bakhil dan mengumpul ngumpul harta ini. Firman Allah s.w.t., “Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.” [ QS. Ali Imran : 180 ].

Oleh itu, marilah kita sama2 merenung diri kita dalam dalam, dan jika ada kekhilafan di mana mana maka cepat2 lah kita beristighfar dan latihlah jiwa kita untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment