Wednesday, July 27, 2016

Istikharah Cinta

- Sebenarnya hidup ini susah jika kita menjadikan nya payah, dan mudah jika kita mahukan ianya menjadi mudah -


"Statement" di atas mungkin menjadi polisi hidup anda. Saya juga percaya statement itu ada benarnya, ternyata ada orang memang suka "meng-complicated-kan " hidup mereka dan ada orang yang suka mengambil mudah atas setiap benda yang berlaku dalam hidup mereka. Contoh yang saya boleh bawakan perihal urusan perkahwinan. Ada orang menjadikan urusan perkahwinan ini amat susah, majlis nya mesti besar2, jemputannya mesti ramai dan ada senarai2 VIP dan sebagainya kemudian perlu pula macthing kan tarikh majlis nya dgn jadual VIP2 tersebut, khemahnya mesti sekian sekian, pakaiannya, dewannya yang akhirnya menjadikan urusan itu menjadi sukar. Ada pula orang yang memudahkan urusan tersebut, walaupun jemputannya ramai, namun dipermudahkan menu nya agar tidak membebankan, gulai kawah,ikan masin acar timun. khemahnya mungkin kain canvas yang digunakan dipasar pasar minggu. begitulah senario kehidupan yang berbeda., Tiada kesalahan atas kedua duanya selagi mana berjalan diatas landasan syariat yang betul, majlis besar2, jika mampu, silakan lah. majlis kecil kecillan, jika itu yang terbaik, in sha Allah barakah.


Yang sebetulnya hidup kita ini, susah atau senang tidak lain hanyalah ujian dari Allah swt semata mata. Tinggal lagi bagaimana kita menerimanya. Adakalanya perkara yang nampak susah pada zahirnya namun diterima mudah dihati dan sebaliknya pada perkara yang zahirnya tampak mudah namun menjadi  amat sukar dihati penerima. Semuanya berbalik kepada penerimaan kita, soal hati.


Bila menyentuh soal hati, maka tidak dapat tidak kita perlu balik kepada pemilik hati , bukan kita tetapi Allah azzawajalla. Dialah yang mampu menjaga hati kita, mengawal perasaan kita, menuntun hidup kita, semuanya di bawah kekuasaan Allah, tuhan yang membolak balikkan hati. Maka kita, hamba Allah yang diamanahkan untuk memelihara hati kita ini dari ancaman nafsu dan godaan syaitan perlulah sentiasa beringat dan berjaga jaga agar tidak dipandu oleh nafsu. Beringat dan berjaga jaga disini membawa maksud kita perlu sentiasa berdoa dan memohon pertolongan dari Allah agar hati kita sentiasa dipandu oleh Iman. Biarlah tindak tanduk kita berpaksikan iman dan syariat yang benar dalam segala hal kehidupan kita. Beristighfar lah.






Seringkali dalam hidup, kita telah dan akan berdepan dengan situasi yang sukar dalam membuat keputusan. Terutamanya keputusan keputusan besar yang bakal memberi kesan secara langsung dalam kehidupan kita di dunia ini dan natijahnya nanti di yaumi alkhirat. Walaupun kita sering membacakan zikir pagi dan petang kita yang berbunyi ;" Janganlah KAU serahkan kepadaku walau sesaat tentang perihal urusan hidupKu",  namun seringkali jugalah kita lupa untuk mengembalikan urusan hidup kita kepada Allah, bila berdepan dengan pilihan atau dalam membuat keputusan kita selalunya hanya menilai atas pandangan akal dan mata kita,mengikut rasa, menilik pada kehendak dan kemahuan kita, membandingkan kebaikkan dan keburukkan atas apa yang kita nampak. Padahal nabi Muhamad utusan Allah telah memberi panduan kepada kita.
 عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: ( كان رسول الله ( يعلمنا الاستخارة في الأمور كلها كما يعلمنا السورة من القرآن، يقول: (إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الْأَمْرَ ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ قَالَ أَوْ فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ)

Artinya: Dari Jabir bin Abdullah r.a. berkata: Rasulullah saw mengajarkan kepada kami istiharah pada semua perkara sebagaimana beliau mengajarkan al-Quran. Beliau bersabda:”Apabila salah satu dari kalian dihadapkan pada permasalahan maka hendaknya ia shalat dua rakaat selain shalat fardlu, kemudian hendaknya ia berdoa (artinya) Ya Allah sesungguhnya aku meminta pilihanMu dengan ilmuMu, dan meminta keputusan dengan ketentuanMu, Aku meminta kemurahanMu, sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan aku tidak ada daya untuk menentukan, Engkaulah yang mengetahui dan aku tidaklah tahu apa-apa, Engkaulah yang Maha Mengetahui perkara gaib. Ya Allah sekiranya Engkau mengetahui bahwa perkara ini (lalu menyebutkan masalahnya) adalah baik bagiku saat ini dan di waktu yang akan datang, atau baik bagi agamaku dan kehidupanku serta masa depanku maka tentukanlah itu untukku dan mudahkanlah ia bagiku lalu berkatilah. Ya Allah apabila Engkau mengetahui bahwa perkara itu buruk bagiku untuk agamaku dan kehidupanku dan masa depan perkaraku, atau bagi urusanku saat ini dan di masa mendatang, maka jauhkanlah ia dariku dan tentukanlah bagiku perkara yang lebih baik darinya, apapun yang terjadi, lalu ridlailah ia untukku”. (h.r. Ahmad, Bukhari dan Ashabussunan).


Oleh itu marilah kita melazimkan amalan melakukan solat dan Doa istikharah ini agar setiap tindakan yang bakal kita lakukan nanti dipandu oleh Petunjuk dari Allah swt. Dalam apa jua perkara. terutamanya perkara yang kita bakal berdepan dengan nya setiap hari. Contohnya seperti memilih rumah kediaman dan lokasi rumah kerana ini bakal memberi impak kepada kehidupan kita secara langsung. Allah sahaja yang tahu apa yang bakal menanti kita di kediaman yang bakal kita pilih, jiran2 kita nanti bagaimana iman nya (akhlak dan perangainya), masyarakat sekitarnya, semuanya diluar kemampuan kita untuk menilai melainkan apa yang terzahir sahaja. Maka Allah adalah tempat kita meminta petunjuk, begitu juga dengan pekerjaan, kenderaan, bermusafir, memilih jemaah/ parti dalam berpolitik , memilih pasangan hidup, sekolah anak2, malah semuanya !  Sebolehnya biarlah jika kita melakukan sesuatu perkara, ianya atas jalan yang dipandu syariat. Jika kita menyokong sesuatu perkara biarlah kita menyokong atas dasar iman bukannya dipandu nafsu. Jika kita membantah pun biarlah kita membantah atas dasar iman bukan hanya mengikut nafsu amarah semata mata. Ingatlah firman Allah:


وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)








Hakikatnya kita tidak tahu apa yang menunggu kita di hari depan. Contohnya: kita hendak membeli rumah besar beharga RM1juta, kita rasa kita mampu (ketika membuat keputusan tersebut) tapi mungkin 5 tahun ke depan sesuatu mungkin terjadi kepada kita atau Negara mengalami muflis slps 10 tahun, ekonomi meleset, hilang pekerjaan atau kita ditimpa sakit, semua itu diluar pengetahuan kita maka sebab itulah kita memerlukan solat istikharah agar Allah menuntun/memandu kita membuat keputusan yang tepat atau menghalangi kita dari membeli rumah tersebut melalui pelbagai asbab.


Contoh yang hangat adalah perihal poligami. Ada orang terutamanya wanita yang bermati matian membantah poligami walaupun isu tersebut tiada kaitan dengan rumah tangganya. Walaupum setiap orang “entitle” untuk memiliki pandangan masing2 namun kita jangan sampai menyanggah apa yang Allah telah restui dan tetapkan berlaku, sekalilagi surah AlBaqarah ayat 216 diatas sepatutnya digunapakai sebagai garis panduan untuk kita dalam menyetujui atau menyanggahi sesuatu perkara. Hakikat nya kita tidak tahu apa yang tersedia untuk kita di masa hadapan. Lebih lebih lagi rahsia Allah di akhirat.
misalnya kita melihat kezaliman suami ke atas isteri itu zahirnya suatu keburukan namun Allah telah menyediakan pahala dan rahmat ke atas isteri yang bersabar dan bilamana Syurga didepan mata, itulah masanya si isteri menyedari bertapa besarnya Hadiah yang Allah telah sediakan disebalik keburukan suaminya. Lelaki yang ingin berpoligami pula lebih lebih lagi perlu menyerahkan perasaannya itu kepada Allah, kerana Allah yang mengetahui adakah ada kebaikkan diatas kehendaknya itu atau hanya mengundang kecelakaan.


Mungkin sahaja si suami yang menginginkan isteri kedua membuat keputusan atas dasar nafsu semata mata atau ingin menunjuk nunjuk kemudian akhirnya dia tersepit dalam pelbagai masalah yang timbul dari keputusannya itu. Atau mungkin sahaja si isteri yang membantah suaminya beristeri lagi itu mendapati kebaikkan yang terhidang untknya dihari depan, mungkin saja suaminya jatuh sakit lalu dapat mereka berkongsi beban, atau mungkin dia pula yang sakit maka tanggungjawabnya dapat dikongsi dengan saudara barunya, atau mungkin saja pelbagai masalah kesempitan/kekusutan hidupnya  sebelum ini yg akhirnya dibantu (oleh ALLAH) sebagai natijah hasil dari perkahwinan kedua suaminya. Segala kemungkinan menanti dan hanya Allah yang tahu. Sebab itulah kita disyorkan oleh baginda nabi s.a.w. agar melakukan solat 2 rakaat dan doa istikharah memohon Allah memilih yang terbaik untuk kita, masa depan kita, keluarga kita, dunia kita dan lebih2 lagi akhirat kita yang akan kekal abadi. “Jangan sesekali Kau serahkan kepadaku menetapkan perihal urusan ku” itu zikir kita menggambarkan betapa kita ini lemah dalam memutuskan sesuatu kerana kertebatasan ilmu pengetahuan. Maknanya, jika kita ingin menetang sesuatu hal, solatlah istikharah, jika pendirian kita benar biarlah Allah permudahkan kehendak kita.Dan jika yang kita tentang itu menyanggahi redha Allah,pohonlah agar Allah menjadikan hati kita redha denganya. Begitulah sebaliknya jika kita ingin menyokong/mendokong , solatlah dua rakaat dan mohonlah petunjuk dari Allah, jika apa yang kita inginkan itu benar maka biarlah Allah yang mempermudahkan jalannya. Jika ia buruk untuk kita, biarlah Allah menjauhkan nya dari lintasan hati kita.


Begitu juga lah kita perlu beristikarah dalam memilih kerjaya atau pekerjaan yang mana kita akan menghadapinya hampir setiap hari dlm hidup kita. Dan darinya kita mendapat rezeki yang natijah rezeki ini bakal menentukan halatuju kita di dunia dan diakhirat nanti.


Akhir kalam, hidup kita ini tiadalain hanyalah perjalanan menuju kealam yang kekal abadi. Apa yang kita putuskan dan buat pada hari ini bakal menentukan nasib kita di sana. Jangan kita lupa matlamat utama kita yakni mendapat redha Allah seterusnya melalui redha itulah kita mendapat rahmat Allah dan dengan Rahmat itulah kita akan masuk ke syurga Allah. TIADA LAIN yang lebih penting. Tindak tanduk kita mungkin buruk dikacamata sesetengah manusia, namun selagi mana ianya baik pada pandangan Allah maka tiada apa yang perlu kita risaukan. Sebaliknya keputusan dan tindakan yang mungkin mendapat banyak sokongan manusia tetapi menyanggahi redha Allah maka ia pastinya mengundang kecelakaan, mungkin tidak didunia tapi pastinya di sana. Sentiasalah beristikarah dalam membuat keputusan dalam hidup kita, biarlah Allah memandu hati kita. Kadang kala yang pahit itulah menjadi ubat yang amat kita perlukan. Dan yang manis itu jika tiada waspada bakal mengundang bahaya.





Biarlah Allah Menuntun Hati ku.











Sunday, December 7, 2014

Kesah Jual kereta
 Baru baru ini aku jual kereta Ku. Bukan sbb tak suka mahupun tak mampu, tapi itulah keputusan yang perlu. Lagipun kereta ni dia datang masa kita senang..masa kereta susah takde pulak dia nak muncul..jadi jual kereta ni bukanlah benda sentimental.

Yang ingin Ku kongsikan bagaimana cara nak jual kereta berdasarkan pengalaman aku.Tak semestinya ini satu satunya, tapi aku cuba hilitekan mana yg wajib mana yg sunat.

Aku di selangor. Iklan kat Mudah.my ramailah jugak yg konon konon nak beli..ada dua tiga org yg cuba nak menipu..adakaa patut cakap nak beli kete nak pos pegi myammar.. ingat beli madu kaa main pos pos bagai. niat lain takde nak menipu sapu duit saku aku la tu.

Ada seorg pembeli yg tak tipu. Naik bas dari JB dtg nak beli kete aku. Jadi nilah kaedah dia.

Status kete: Masih ada loan bank. Jadi kete tu legally speaking bukanlah milik aku. Kena buat full settlement dulu. Polisi Tahun 2014 contra bank dah tak laku! kena bayar loan aku dulu kasi habis. Bank tu akan buat release letter maka jadilah kete tu milik Aku! belum sempat seminggu berlalu..kete milik aku tu dah ada pemilik Baru! Utk dapat surat release dr bank amik masa 3 hari  slps buat full setlement (dlm kes aku). Bole bayar dimana mana cawangan.Surat boleh minta dia (branch asal tpt kita buat loan) poskan ke cawangan tersebut. Roadtax Juga dia bole poskan ke cawangan tu.Walaupun belum buat full setlemen, bole mohon roadtax dulu (Utk bawa gi puspakom).

Pegi Puspakom, standardlaa kena Q..panjang takdelaa sampai sebatu, tapi lamanya agak berbulu!
Jgn Q barisan lori, pegi cari lane kereta yg tgh Q. mulut kena rajin bertanya. Belum pegi kena buat appoitment dulu. Walk in tak tahulaa bole ker tak laku. Bila ku tanya boleh ke org lain dtg bawa kereta ku..dia jawab boleh , buatkan surat mewakilkan fulan bin sifulan dan sertakancopy myKartu. Puspakom ni kena rendah kan diri..kalau raja takderlah plak nak gi puspakom ye tak? sedarlah diri..so beratur dan tunggu dan tunggu.. bawalah majalah ataupun buku, tak lah mati kutu.Ohyaa..sediakan roti barang sebuku.takut kebulur smasa Q !
Ohyaa, Tinted tu walaupun aku tak setuju tapi kenalah cabut dulu..sbb sampai kat giliran dia check, dia suruh kita cabut sendiri pakai kuku !! membazir jer bagi aku koyak tinted tu..sbb tinted aku tu kalu depan tu kucing tetap nampak kucing tak bertukar jadi lembu! kat mana perlu nya koyak tinted  tu akupun tak tahu !jadi jangan argue..buat saja spt di seru. lps check amik Report PUSPAKOM yg tulis LULUS!! INI AMATLAH PERLU. Ohyaa, surat kelulusan ni HANYA SEBULAN SAH LAKU. Jadi pastikan dah confirm buyer dulu..kalau lps sebulan tak jadi jual, alamat datang lagilah Q.

Ok, so ada dua Key Word : 1) Bank Release Letter, 2) Surat Kelulusan Puspakom

Dari segi sequence, biasa buat Puspakom dulu. settle puspakom copy kan kat Buyer 




Kesah bola sepak negara..

Malam tadi malam yang paling indah buat peminat hardcore mahupun sofcore bolasepak Negara. Kemenangan yg di harap-harapkan akhirnya muncul juga. Saya kebetulan berada di bandaraya Ho Chi Minh pada malam tersebut. Petang sebelum sepak mula bandaraya itu begitu meriah dgn jualan bendera2 di tepi jalan, bertukar menjadi lesu di malamnya. Saya ni pula memang minat main bola dan tengok bola. Masa zaman sekolah dulu saya berbasikal dr rumah saya ke stadium yg jaraknya 10KM++ utk tengok bola Semi-pro.Zaman tu budak2 masuk free jer...bab bola ni saya selalu optimis..walau hujan pon saya masih yakin ..dlm hati kata “boleh ni..boleh ni..”

Tapi Bolasepak kita statik.
lagi teruk dari plastik.
tak caya tengoklaa statistik.

 

Wednesday, February 26, 2014

2 years later

I think its almost 2 years since i posted my last posting.
Since i am transfered back to Kuala Lmpur in Feb2011 i dont really have free time.

At first i plan to make another move to oversea but due to some family matters, i think i should settle in Malaysia for the moment...may be forever. I bought my new car Peugeot 407 and also a naked bike Suzuki Bandits 1250 in April 2011. Alhamdulillah.

My new job is pretty challenging, lot of stress but so far i am contained all he stress and managed it reasonably well.

My kids now growth in numbers.. Got the 4th kid in Sept.2012  and the 5th kid in Jan 2013. May Allah bless them always.
Living dangerously

Melihat dan Membaca situasi yang berlaku disekitar kita, menjadikan kita begitu kerdil.
Betapa kita sebenarnya hidup dibawah perlindungan Allah yang maha kuasa.

Kes kes jenayah berat yang berlaku, hampir setiap hari. Hari ini berita pembantu rumah menyembelih dua orang anak majikan !
Anak kecil tiada dosa. Kita inilah yang berdosa.Lalu di uji.


Allahurabbi..

Tuesday, November 15, 2011

Story of my life part 2

Habis darjah 6, aku daftar kat Sek. Men. Wakaf Bharu.Rasanya sebulan aku sekolah situ.sekolah tu sekolah abg aku sekolah dulu, tapi masa aku ting 1, dia dah masuk ting.6 di sekolah mahmud mahyiddin, pasir pekan. Lps sebulan, aku pndah ke sekolah menengah keb (A) Falahiah..rupa rupanya bapa aku ada apply kt sini. Satu pilihan yg bijak jika aku pikir pikir balik. Sekolah falahiah ni sbelah sekola abg aku, jd pagi pgi aku naik bas sekali ngan dia. Kt kg aku takde bas sekolah jadi kita naik bas bandar SKMK. Belum cerah tanah kita dah tepacak tunggu bas, bas stop tu dlm 2km dr rumah aku, kauh basikal, letak basikal kt tepi kedai gnting simpang 3 tu, naik bas. Biasanya bas tu dtg dr penkalan kubur, bila sampai kat stop aku tu, bas selalunya sudah penuh, jarang benar aku dpt duduk.

Bandits 1250s

I bought my 1255cc bike from SBM in Apr2011.
So far the bike served the purpose i.e. To take me fom home to office free of traffic jamm.

Today 14/11/2011 i think i need to change her fuel pump. Maybe can cost me around RM1500.

Overall, i am enjoy my ride so far.