Stress free period.
Aku masih ingat Zaman tu kat umah pakai pelita ayam dan lampu gasoline, walaupun aku tak ingat masa tu umur aku ebrapa,tp aku ingat aku pernah hidup Zaman tu.
Aku ingat lagi, masa kecik, ayah ku Cuma penarik beca..aku ingat beca yg dia guna untuk cari rezeki. Selalu dia balik bawa barang2 mainan yg kalau aku ingat2 balik, byk brg second hand..aku ingat suatu hari dia bawa balik cheleng(tabung) kucing. Aku ingat suatu hari aku ikut ayah and mak aku pegi beli mesin jait singa..muat atas beca dia. Aku ingat lagi keseronokkan bila ayah aku bw balik tv itam putih 24 inchi.
Kg teluk
Kg teluk terletak seberang sungai golok..aku tak pasti brp jarak dia, tapi seingat aku tak lah jauh sangat. Kt kampong tulah mak aku mebesar agaknya,s bb kat kampong tulah sedara mara dan kawan2 mak aku tinggal. Umah nenek aku ada kat situ, kecil jer.Rumah papan, betul2 tepi sungai..sungai buatan a.k.a tali air..tapi luas laa jugak. Selang beberapa puluh meter dr tali air tu ada sungai betul..luas, jernih. Aku ingat aku suka mandi di situ malah mandi sungai tu menjadi pemangkin utk aku berkunjung ke rumah mok(nenek)aku tu. Seingat aku, aku selalu ke situ dgn Asim, sepupu yg sebaya dgn aku. Kami mandi sama2..Kat umah nenek aku dulu ada bela itik, banyak. PAgi2 lagi dah dengar itik berkekek..telur nya memutih, seronok aku pungut telur2 tu. Selalu nya telur tu di goreng bersam sama ikan budu (pekasam).hmmm..terasa sedap nya dimakan dgn nasik panas, lebih2 lagi time hujan. Nasik panas, ikan budu bersalut telur itik, that’s it.
Aku ingat, ada satu musim tu aku ke sana, ikut mak-ayah aku ke sawh. Kami buat padi kat situ. Aku dgn Asimlah, sama2 mencerut padi..gengam pangkal dia ngan tangan kiri, tangan kanam kaut ngan sadat (sabit), bubuh dalam guning lepas tu pikul ke batas. Lenguh laa jugak pinggan aku. Lepas tu berehat tepi sawah, makan nasik lauk belut goreng..mmg sedap.
Dah lama aku tak ke Kg Teluk. Last sekali aku ke sana rasanya time kenduri kawin sedara mak aku.tu pun aku tk ingat tahun bila..tapi time aku pegi ari tu, umah buruk nenek aku dah takde, kandang itik nya pun dah takde, tali air tu masih ada..tapi makiin luas..aku dah tak dpt nk relate lagi kat mana tapak umah nenek aku dulu tu..
Nenek.
Aku pun tak ingat tahun bila, nenek aku, paksu li dan mokhah pindah ke kg aku. Umah depa selang sebidang tanah jer dr umah mak aku. Neneklah yg mengajar aku mengaji lps balik sekolah.Aku ingatlagi raut wajahnya.kurus dan cengkung. Mokhah adik mak aku bongsu pompuan. Dia ni ada masalh sikit..selalu sakit2 meracau..dia rapat dgn nenek aku..kira too dependent.
Aku ingat lagi masa nenek aku sakit. Kaki dia sembap/bengkak. Aku yang bacakan Yassin di saat saat akhir hidup nya. Mokhah selepas kematian mok aku mmg tertekan.sampai sekarang dia masih tertekan aku rasa.
Sekolah.
Aku ke tadika Cuma beberapa bulan. Aku ingat lagi pagi tu, aku kat belakang, membonceng basikal. Ayah aku kayuh nak antar gi tadika. Aku cuba julurkan kaki nak pijak nut kt tayar belakang tu..zupp..kaki aku masuk lidi2 basikal yg tgh berpusing tu..luka kaki ku, sebulan jugak rasanya..lps tragedi tu aku dah tak ke sekolah lagi.
Masa aku masuk darjah 1, abg aku dah naik tingkatan 1. So kami tak pernah ada chance nak sekolah sekali.Aku pegi sekolah jalan kaki..dgn jiran aku mat nije, Ina adik dia, Mail and siti nor..lalu celah2 denai..jln nya teduh jer..pokok2 kiri dn kanan. Aku tak ingat sama ada aku penat ker tidak berjalan ke sekolah tu..jauhnya Cuma sekitar 1 km..
Darjah 5 aku masuk pengakap..kawan aku masa tu si Rosli and Eye Chin Leong, budak cina kampung. Ada 3 org budak cina dlm kelas aku, Teh Siew Eng and Chua Leng Suat. MAsa minggu kerja pengakap, aku ingat lagi aku berkayuh dari sekolah aku, ke cbg 4, terus ke Pengkalang Kubur dank ke seberang thai (pasar Takbai) dan patah balik melalui Sri tujuh-Tumpat. Jauhnya perjalan tu rasanya sekitar 25 km jugak. Cuci reban burung, sapu daun dpn umah, kutip kelapa, macam2 lah yg kami buat untuk pungut duit pengakap.
Aku tak ingat bila masa aku belajar..rasanya kat umah mmg aku tak belajar. Tapi aku selalu berada dlm top 3..paling2 top 5..UPSR aku dapat 4A 1B. Kat sekolah aku tu ada 2 orang dapat 4A dan sorang dapat 5A..yg 5 A tu budak cina tulah, Teh Siew Eng. Aku jumpa dia masa aku kat sekolah Teknik Cheras,masa tu aku dlm bas 122 nak ke KL city. Rupanya dia sekolah Sains Selangor, sepagar dengan sekolah aku tu.
Balik sekolah, aku jarang tengok tv.masa tu TV3 tak sampai lagi kt kampung aku. Selalunya aku kluar main. Masa sekolah rendah tempat permaian aku berubah-ubah. Aku ingat ada time tu aku gi main kat umah Yushaliza..kira kampung sebelah lah. Lepas port tu, aku lepak kt umay Eye chin leong..dpn umah dia ada bendang padi..aku main sorok2 celah2 pokok padi tu.Kt umah Eye ada sekor anjing yg suka nyakat kitaorg..selalulah dia kejar kami..lintang pukang kami lari.. lps lpk umah Eye, lepak plak kt umah Rosli..rumah dia tepi tali air..selang sebidang tanah, terbentang sawah luas..selalunya kami ke sawah lah..tangkap ikan..umah rosli banyak pokok Koko..memang favourite laa makan buah koko masak tu..
Tu kesah kawan sekolah..depa tu smua tak duk kt kampung aku.kalau kwn sekampung, biasanya aku layan main bola..dulu ada satu liga..liga piala Maggie. Yaa..mmg kalu menang dpt maggie..team aku sellau mng..paling2 no. 2..berkotak2 lah maggie kami dapat..lps agih2 dpt laa sorang 5-6 bungkus..tapi liga tu mmg best..I really enjoy the moment..best sbb ramai org tua kampung tu tengok kitaorg main..walaupun masa tu kami masih bawah 12 tahun..tp kira penuhlaa jugak tepi padang. Team lawan masa tu yg aku ingat Team Jili, Team Jubil Pdg tembesu, team Wan Mat cenderung batu. La nie padang tu dah takder..aku tak tahu apa story dia, tapi bila aku balik satu hari tu..ada tractor tengah bajak padang bola tu..sedih gak..sejak dr itu, liga piala Maggie terkubur.
Aku ingat dulu setiap ari rabu ada peraih tembakau datang..meriahlaa kt kg aku tu petani2 bawak daun tembakau dtg jual..aku lak, ari rabu mesti simpan duit 20 sen, balik sekolah singgah kt tepi tpt org jual tembakau tu..ada moknat jual air batu bubur..aku mmg suka makan.
KAlau tak main bola, aku main macam2..ikut musim laah. Kalau musim buah getah pecah, aku gi kutip buah (biji) getah yg keras tu..kami laga-lagakan..ada jenis2 bijik getah yg memang kukuh..
To be continue….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pehh...terharu sungguh kisah demo...hari sabtu ada kisah penduduk dari BSB masuk sinar....jika seseklai balik kg tu ...hulur sikit ko org kg ..dok banyak rm10 pon memadai ...sedekah menjana wang..
ReplyDelete